Saturday, December 6, 2025
UtamaBeritaJabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sita gula-gula kenyal

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang sita gula-gula kenyal

Georgetown: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berkaitan keselamatan produk gula-gula kenyal (gummy) berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, semalam.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, tindakan susulan akan diselaraskan di peringkat ibu pejabat menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bagi memastikan segala prosedur keselamatan dipatuhi dan langkah pencegahan dapat diambil bagi mengelak kejadian serupa di masa hadapan.

“Hasil siasatan awal mendapati, gula-gula itu dipercayai diperoleh dari gerai berhampiran sekolah mangsa.

“Susulan itu, pasukan penyiasat JKNPP melakukan pemeriksaan di premis yang dikenal pasti di Jalan Sungai Dua, Butterworth sebelum menyita ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ (gula-gula) itu.

“Selain itu, JKNPP juga akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Daniel Gooi turut menasihati orang ramai, terutama ibu bapa, bagi memantau anak mereka supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan, khususnya yang mempunyai risiko tercekik.

“Sebarang pengambilan makanan bagi kanak-kanak hendaklah berada bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Mohamad Fahmi Hafiz berada dalam kritikal dipercayai akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth, Selasa lalu.

Mohamad Fahmi disahkan meninggal dunia, 11 malam tadi di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments