Friday, December 5, 2025
UtamaBerita‘The Perpaduan Charity Hike 2025’ sasar 2,500 penyertaan

‘The Perpaduan Charity Hike 2025’ sasar 2,500 penyertaan


GEORGE TOWN – Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen mempelawa mana-mana individu yang meminati sukan mendaki untuk menyertai ‘The Perpaduan Charity Hike’ pada 29 Jun 2025.

Acara yang bakal berlangsung di Taman Bandaraya bermula jam 7.30 pagi itu, menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM20,000.

Menurut Zi Sen, selain memupuk perpaduan dalam kalangan peserta, acara tersebut juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk menyertainya.

“Acara ini merupakan inisiatif yang diketengahkan oleh Pertubuhan Pendaki Antarabangsa Pulau Pinang (PIH) yang mana pelajar yang menyertai acara ini dapat mengumpul markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK).

“Bagi tahun ini, pihak PIH mensasarkan 25 buah sekolah seluruh negeri meliputi 1,000 pelajar, sekali gus menggalakkan para pelajar untuk aktif bersukan di samping cemerlang dalam akademik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media di Komtar tengah hari semalam.

Mengulas lanjut, Zi Sen memaklumkan bahawa sebanyak lapan rumah kebajikan terpilih akan dijemput bagi memeriahkan acara di samping mengumpul dana.

image 71

“Saya berharap acara ‘The Perpaduan Charity Hike 2025’ ini bukan sahaja mampu mengumpulkan 2,500 perserta bahkan membantu lapan rumah kebajikan terpilih,” jelasnya.

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan https://howei.com/event_details/perpaduancharityhike2025.

Pada sidang media sama, Zi Sen turut mengumumkan acara basikal lipat dikenali sebagai ‘My Brompton Malaysia Fans Day’ yang akan mengambil tempat pada 23 Februari ini bermula jam 7 pagi di New World Park.

Difahamkan, acara itu sudah berjaya menarik minat 800 orang peserta bukan sahaja dari Malaysia malah negara luar seperti Korea Selatan, China, Thailand, Indonesia, United Kingdom dan Singapura.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments