Sunday, April 19, 2026
UtamaBerita3 murid tahun satu sahaja, paling sedikit di Pulau Pinang

3 murid tahun satu sahaja, paling sedikit di Pulau Pinang

Nibong Tebal: Sesi persekolahan 2025/2026 yang bermula semalam menyaksikan hanya tiga murid tahun satu mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, Batu Kawan dekat sini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang Wan Sajiri Wan Hassan berkata, ia membabitkan dua lelaki dan seorang perempuan, menjadikan sekolah berkenaan menerima murid tahun satu paling sedikit di negeri ini.

“Setakat hari pertama, terdapat 24 murid di SK Pulau Aman termasuk tiga orang yang mendaftar Tahun Satu dan kebanyakan mereka adalah anak serta cucu penduduk Kampung Pulau Aman.

“JPN Pulau Pinang berhasrat mengangkat SK Pulau Aman sebagai sekolah digital pada tahun ini dan kita akan berusaha sepenuhnya bagi merealisasikan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini semalam.

Enam daripada 24 murid di SK Pulau Aman berulang-alik setiap hari ke sekolah menggunakan bot sebagai pengangkutan utama kerana tidak tinggal di pulau itu, selain tujuh daripada lapan guru turut berulang-alik menaiki bot ke sekolah.

Pulau Aman merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional yang didiami kira-kira 250 penduduk daripada 47 keluarga dan pulau itu dihubungkan jalan laut melalui Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan menaiki bot tambang melibatkan kira-kira 10 minit perjalanan.

Sementara itu, Wan Sajiri berkata, sebanyak 20,192 murid tahun satu mendaftar di 269 sekolah di negeri ini, dengan keseluruhannya Pulau Pinang merekodkan 235,305 pelajar memulakan persekolahan di 396 sekolah.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments