Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaLRT Laluan Mutiara, kurang kesesakan di Pulau Pinang

LRT Laluan Mutiara, kurang kesesakan di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 9 Januari- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang disifatkan sebagai projek berkeperluan tinggi untuk mengurangkan aliran trafik di bahagian pulau.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pelaksanaan projek itu akan menggalakkan pengguna untuk beralih ke perkhidmatan awam.

“Sistem pengangkutan rel itu signifikan kepada Pulau Pinang dalam menggalakkan penggunaan penggunaan pengangkutan awam kepada orang ramai khususnya penduduk di bahagian pulau.

“Jadi ia dapat menangani isu-isu kesesakan lalu lintas. Pelaksanaan itu mungkin lebih efisyen dan menjimatkan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Khas Simbol Warisan di sini.

Kerja-kerja infrastruktur sivil bagi Laluan Mutiara adalah bawah kelolaan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), yang mewakili segmen pertama projek LRT Pulau Pinang.

20 daripada stesen Laluan Mutiara akan terletak di Pulau Pinang dan Pulau Silikon buatan manusia, manakala satu lagi di Penang Sentral di tanah besar.

Projek berkenaan merangkumi jarak 29 kilometer mempunyai 21 stesen dan dianggarkan menelan kos kira-kira RM8 bilion.

Keseluruhan projek rel bandar itu merupakan yang pertama di Pulau Pinang dan dijangka siap menjelang tahun 2030.

Majlis pecah tanah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang dijadual akan diadakan di Bandar Sri Pinang pada 11 Januari ini dan akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments