Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaTempahan hotel dijangka lebih meriah hujung Januari hingga Februari

Tempahan hotel dijangka lebih meriah hujung Januari hingga Februari

GEORGE TOWN – Menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang dijangka pada 29 dan 30 Januari ini, bilangan tempahan hotel di Pulau Pinang masih berada pada tahap sederhana.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Datuk Tony Goh ketika dihubungi Buletin Mutiara.

image 50

“Saya mendapati kadar penginapan ketika ini masih berada pada tahap sederhana dengan banyak hotal masih lagi kosong.

“Seperti kelazimannya, saya percaya pada minggu terakhir nanti, kadar tempahan akan meningkat dengan mendadak melebihi 90 peratus.

“(Dan) ia akan meningkat lagi selepas hari kedua Tahun Baru Cina, yang mana orang ramai akan mengambil kesempatan untuk menyambung cuti pada hujung minggu,” maklum beliau yang juga Pengurus Besar sebuah hotel di pusat bandar.

image 51

Sementara itu, tinjauan Buletin Mutiara di kaunter-kaunter hotel di sekitar George Town juga mendapati beberapa hotel ternama masih mempunyai kekosongan bilik, terutamanya melibatkan hotel bertaraf empat hingga lima bintang.

Hasil carian di aplikasi-aplikasi tempahan juga mendapati masih banyak bilik ditawarkan oleh hotel-hotel seluruh Pulau Pinang terutamanya di George Town dan Batu Feringghi pada 29 dan 30 Januari.

Dalam pada itu, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai pula meramalkan tempahan hotel selepas Tahun Baru Cina akan lebih meriah.

image 52

Ini ekoran beberapa perayaan akan berlangsung serentak seperti Thaipusam dan Chap Goh Meh yang akan berlangsung pada minggu cuti persekolahan.

“Kalau dilihat pada kalender, Tahun Baru Cina jatuh pada minggu akhir Januari, minggu kedua masih cuti sekolah dan minggu ketiga dijangkakan Chap Goh Meh dan Thaipusam.

“Jadi penganut-penganut Hindu dari luar turut akan mengambil kesempatan turun ke Pulau Pinang dan tidak terkecuali juga para pelancong sama ada domestik mahupun antarabangsa.

“Jadi, untuk tempoh itu saya jangka kadar penginapan hotel dan keadaan di Pulau Pinang akan bertambah ‘meriah’,” ujar Hon Wai lagi.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments