Friday, May 15, 2026
UtamaBeritaLebih 100,000 pelancong China ‘serbu’ Pulau Pinang

Lebih 100,000 pelancong China ‘serbu’ Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Kemasukan pelancong dari China ke Pulau Pinang menunjukkan peningkatan ketara dengan 108,029 pelancong direkodkan dari Januari hingga November tahun ini, berbanding 33,474 pelawat dalam tempoh sama pada 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 222.7 peratus.

“Dari segi kekerapan penerbangan, Pulau Pinang mencatatkan 61 penerbangan mingguan dari bandar-bandar di China sehingga November lalu berbanding hanya 17 penerbangan pada tahun sebelumnya.

“Ia mencatatkan peningkatan luar biasa dari segi penerbangan antarabangsa iaitu sebanyak 258.82 peratus dan ini menunjukkan Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan dan ekonomi serantau,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, satu lagi syarikat penerbangan antarabangsa dari China iaitu Loong Air telah melancarkan penerbangan terus dari Xi’an ke Pulau Pinang semalam menandakan satu lagi kejayaan besar buat industri pelancongan negeri ini.

“Kini, Xi’an menjadi bandar ketujuh di China yang mempunyai sambungan terus ke Pulau Pinang, menyertai rangkaian 11 laluan antara bandar-bandar utama di China dengan negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments