Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaProjek LRT Pulau Pinang tak akan dibatal walaupun kerajaan bertukar

Projek LRT Pulau Pinang tak akan dibatal walaupun kerajaan bertukar

BAYAN LEPAS: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang tidak akan berdepan risiko dibatalkan memandangkan proses pelaksanaan telah memasuki fasa penting dengan kontrak telah dianugerahkan kepada agensi pelaksana.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata projek itu hampir mustahil dibatalkan walaupun berlaku pertukaran kerajaan pada masa hadapan kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan kerajaan berdepan tindakan saman.

“Projek infrastruktur seperti LRT ini mempunyai beberapa peringkat, bermula daripada kelulusan dasar, pengesahan bajet, perolehan dan seterusnya pemberian kontrak apabila kontrak telah dianugerahkan, kerajaan sudah terikat secara komitmen dengan pihak swasta.

“Pembatalan mungkin hanya boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu sebelum kontrak diberikan tapi bila keluar tender dan telah lantik (kontraktor) selalunya tak boleh ‘reverse’, sebab kalau batal maka kerajaan boleh kena saman,” katanya pada sesi jawab program Madani Mendengar di sini, pada 11 Disember 2024.

Rafiz turut menyuarakan keyakinan bahawa kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal mentadbir negara sehingga tamat penggal dan pada ketika itu segala proses-proses berkaitan projek terbabit dijangka sudah selesai.

Beliau menegaskan, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada masa hadapan situasi yang mungkin berlaku atau dihadapi pada ketika adalah peningkatan kos dan kelewatan dalam aspek pelaksaaan dan bukannya pembatalan projek kerana ia bukan satu tugas mudah untuk dilaksanakan.

Rafizi dalam pada itu berkata, beliau sendiri lantang mengkritik pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sewaktu berada di blok pembangkang, namun projek itu tetap diteruskan oleh kerajaan yang mengambil alih pentadbiran kerana ia telah diluluskan selain melalui peringkat pengambilan tanah dan memeterai perjanjian.

Sumber : Berita Harian Online

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments