Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPusat Rekreasi Laman Flora Tarikan Terbaru Kepala Batas

Pusat Rekreasi Laman Flora Tarikan Terbaru Kepala Batas

KEPALA BATAS – Laman Flora yang terletak di Taman Wawasan Vision Park, Bertam menjadi lokasi riadah pilihan masyarakat setempat kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta pemandangan yang cukup indah.

Laman Flora ini dibina bertujuan menyediakan pelbagai pengalaman hiburan yang menggabungkan elemen seni kontemporari dan kemajuan teknologi seperti menggabungkan hiburan moden dengan pemandangan semula jadi.

Pengunjung, Nur Nabila Azizan, 37, berkata Laman Flora sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman rekreasi bersama keluarga.

“Tempat ini menjadi lokasi utama saya sekeluarga untuk beriadah di hujung minggu.

image 45
Laluan jalan kaki dan larian dikelilingi pokok bunga.

“Selain itu, laman ini juga sesuai kepada kanak-kanak yang ingin mempelajari nama-nama bunga sekaligus menjadikannya sebagai rujukan,” katanya.

Kawasan permainan, tempat letak kereta dan tandas adalah antara kemudahan yang disediakan di samping terdapat gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan mengikut cita rasa tempatan.

-ZS-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments