Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPengunjung Puas Hati Nikmati Penjimatan di Jualan Termurah Madani

Pengunjung Puas Hati Nikmati Penjimatan di Jualan Termurah Madani

PERMATANG PAUH – Jualan Termurah MADANI yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ribuan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian segar dan berkualiti pada harga yang jauh lebih murah sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

Pelancaran yang berlangsung di Kampung Masjid Timah, di sini pada Sabtu turut dilakukan secara serentak di tiga lokasi lain iaitu Parlimen Sungai Petani (Zon Utara), Parlimen Gombak (Zon Tengah) dan Parlimen Port Dickson (Zon Selatan), menjadikan inisiatif ini meliputi seluruh negara.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan seperti ikan, makanan laut, telur, beras, buah-buahan dan sayur-sayuran pada harga mampu milik.

Selain itu, promosi istimewa yang menawarkan seekor ayam percuma untuk pembelian makanan laut bernilai RM50 kepada 1,000 pengunjung terawal turut menjadi daya tarikan utama.

Lebih menarik, 200 pengunjung pertama juga menerima sekampit beras tempatan seberat 10 kilogram secara percuma, menggandakan keceriaan dalam kalangan pengunjung yang rata-ratanya menghargai usaha kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Seorang pengunjung, Yashreen Eusof, 46, berkata inisiatif seperti ini benar-benar membantu keluarganya berjimat.

Harga barang di sini jauh lebih murah, saya beli ikan dan sedikit makanan laut dapat pula ayam percuma, memang berbaloi sangat datang awal,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Teoh Cheng Ean, 55, dari Berapit, turut memuji usaha ini.

“Saya dapat jimat lebih RM30 untuk pembelian hari Sabtu.

“Saya beli ikan, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan, dengan bajet yang sama saya dapat membawa pulang lebih banyak barang,” katanya.

Program Jualan Termurah MADANI bukan sahaja menawarkan harga berpatutan, malah membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat mempunyai akses kepada barangan keperluan berkualiti pada kos yang lebih rendah.

-ZS-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments