Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaZubir Khan Gegarkan Sambutan Hari OKU Timur Laut

Zubir Khan Gegarkan Sambutan Hari OKU Timur Laut

BUKIT BENDERA, 4 Dis – Penyanyi yang sedang mencipta nama, Zubir Khan memukau hampir 1,000 pengunjung di Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Daerah Timur Laut apabila tampil dengan persembahan lagu terunggul beliau, Yennode Macha.

Lebih istimewa, penampilan Zubir yang juga merupakan seorang individu OKU dalam program tersebut semalam dirancang khas oleh pihak penganjur sebagai kejutan istimewa untuk memeriahkan sambutan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Zakaria Taib dalam ucapannya memuji komitmen pelbagai pihak yang menjayakan acara ini.

image 11
Antara tetamu yang hadir.

“Sambutan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dan masyarakat terhadap pembangunan komuniti OKU dalam memastikan mereka tidak terpinggir, malah terus diberi ruang untuk berkembang dan menikmati kesejahteraan hidup,” ujarnya.

Program anjuran Penang Cheshire Home bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut turut mendapat sokongan luar biasa daripada 48 sekolah dan pertubuhan OKU.

-ZS-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments