Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaBelia Pewaris Negara Cakna Gaya Hidup Sihat

Belia Pewaris Negara Cakna Gaya Hidup Sihat

PERAI, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Program Fit Gen-Z: Generasi Sihat Generasi Hebat, Tanpa Rokok Tanpa Alkohol, menarik penyertaan hampir 250 pelajar dan kakitangan Stamford International College, di sini kelmarin.

Dengan matlamat utama meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan belia, program ini menjadi platform informatif yang menampilkan kerjasama erat antara Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai R. Krishnan, menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah proaktif dalam memupuk generasi belia harapan negara yang lebih cakna terhadap kesihatan.

“Belia adalah pewaris kepimpinan negara pada masa depan, justeru mereka perlu bebas daripada ancaman seperti rokok dan alkohol yang boleh melalaikan,” ujarnya.

image 156
Peserta yang hadir ke taklimat kesihatan dan keselamatan di program ini.

Tambah beliau, kehadiran agensi penting seperti Jabatan Kesihatan dan PDRM dalam program ini menyerlahkan kepentingan usaha membina kesedaran yang positif.

Program ini dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan aktiviti pemeriksaan dan saringan kesihatan, sebelum diteruskan dengan sesi taklimat interaktif oleh Dr. Zulfar Samsuri dari Jabatan Kesihatan yang memberikan penerangan tentang kesihatan fizikal dan mental manakala Inspektor Komathi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menyampaikan taklimat keselamatan.

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments