Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaHenti tugas LRA Batu Ferringhi, pengguna diingatkan simpan air

Henti tugas LRA Batu Ferringhi, pengguna diingatkan simpan air

GEORGE TOWN- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengingatkan kepada 37,000 pengguna air di kawasan pantai di utara bahagian pulau negeri itu untuk menyimpan air bagi kegunaan ketika gangguan bekalan air berjadual (SWSI) bermula Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk K. Pathmanathan berkata SWSI selama 14 jam itu dijadualkan dari 10 malam Khamis hingga 12 tengah hari, Jumaat.

“Semasa SWSI, pengguna air termasuk hotel antarabangsa di kawasan Bagan Jermal, Batu Ferringhi, Mount Erskine, Tanjung Tokong, Tanjong Bungah, Tanjung Pinang dan Teluk Bahang akan mengalami tiada bekalan air atau tekanan air rendah buat sementara waktu.

“SWSI itu berkaitan dengan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Batu Ferringhi yang mengeluarkan air terawat yang dibekalkan di kawasan terjejas dan PBAPP perlu menggantikan injap 900 mm yang mengalami kerosakan di dalam LRA,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pathmanathan berkata dalam masa yang sama, petugas PBAPP dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan menjalankan kerja-kerja servis elektrik voltan tinggi dan penyelenggaraan pencegahan.

Beliau berkata kerja-kerja air semalaman itu akan memastikan LRA Batu Ferringhi beroperasi secara optimum dan meminimumkan risiko kerosakan loji pada ketika penggunaan air yang tinggi serta perubahan iklim.

Beliau berkata pihak PBAPP memohon maaf atas kesulitan sementara yang berlaku dan memohon pemahaman semua pengguna air yang terjejas semasa SWSI itu. -BERNAMA

SUMBER : BERITA RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments