Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaKetua Menteri puji inisiatif kelab konsisten anjur kejohanan sukan peringkat komuniti

Ketua Menteri puji inisiatif kelab konsisten anjur kejohanan sukan peringkat komuniti

GEORGE TOWN – Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Integrasi Ketua Menteri Pulau Pinang 2024 di Stadium Bandaraya pada petang semalam menyaksikan pasukan Parlimen Jelutong muncul juara selepas menewaskan pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi sepakan penalti 5-4.

image 77
KETUA Menteri semasa menyampaikan ucapan dalam majlis berkaitan di sini pada 13 Nov 2024.

Sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow antara lain memuji Kelab Bola Sepak Sri Tanjong selaku penganjur kejohanan yang konsisten menganjurkan saingan bola sepak peringkat lokal dengan tujuan mengerat ikatan persaudaraan dan semangat muhibah serta menyatupadukan rakyat setempat.

“Secara tidak langsung, kelab juga telah membantu Kerajaan Negeri dalam usaha mencapai Visi Penang2030 melalui Tema C (iaitu) ‘Memperkasa Rakyat Bagi Meningkatkan Penyertaan Awam’,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan pada kejohanan berkaitan di sini.

Berkhidmat untuk penggal terakhir sebagai Ketua Menteri, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyatakan bahawa pentadbirannya akan terus mengutamakan agenda memakmurkan ekonomi negeri serta meningkatkan indeks kebahagian rakyat yang merangkumi aspek kehidupan, kesihatan, hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga serta aktiviti komuniti.

image 79
ANTARA gambar yang sempat dirakamkan lensa Buletin Mutiara semasa berlangsungnya perlawanan akhir antara pasukan Parlimen Jelutong menentang MBPP yang terikat 1-1 sehingga habis separuh masa kedua perlawanan di Stadium Bandaraya di sini pada petang 13 Nov.
image 81
KETUA Menteri (depan, dua dari kiri), Dastaghir Mohd. Yassin (tiga dari kiri) dan beberapa wakil penganjur lain sempat merakamkan gambar kenangan dengan memegang piala pusingan Piala Integrasi Ketua Menteri Pulau Pinang 2018 di sini pada 13 Nov

Sementara itu, Naib Presiden Kelab Bola Sepak Sri Tanjong, Dato’ Dastaghir Mohd. Yassin memberitahu bahawa kelab itu sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak George Town yang ditubuhkan pada tahun 1991.

“Kejohanan dwi tahunan pada kali ini disertai 12 pasukan bagi merebut kejuaraan serta membawa pulang medal, trofi, piala iringan dan wang tunai sebanyak RM1,000,’’ ujarnya.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A Rajendran; Presiden Kelab Bola Sepak Sri Tanjong, Ahmad Shah dan Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Sri Tanjong, Dato’ Shahul Hameed Syed Mohamed turut sertai majlis tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments