Thursday, December 4, 2025
UtamaBeritaTaklimat Belanjawan 2025 beri Pencerahan kepada Komuniti Setempat

Taklimat Belanjawan 2025 beri Pencerahan kepada Komuniti Setempat

BUKIT MERTAJAM (Malaysiaaktif) – Dalam usaha memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada Belanjawan 2025, Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah mengadakan taklimat khas kepada komuniti setempat dan Komuniti MADANI bagi memperjelaskan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan di bawah belanjawan yang bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’.

Pegawai Penerangan Daerah SPT Jamil Zainul, berkata Belanjawan 2025 komited kepada kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

“Tiada pihak yang akan dipinggirkan dalam belanjawan kali ini dan peningkatan peruntukan yang lebih besar khususnya dalam sektor pendidikan serta kesihatan akan membawa manfaat yang besar kepada rakyat,” katanya semasa menyampaikan taklimat di Pasar Awam Berapit, di sini pada Ahad.

Menurutnya lagi, bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Awal Persekolahan akan terus ditambah serta ditingkatkan bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang Izzudin Barahim, pula menjelaskan kesungguhan kerajaan untuk merasai denyut nadi rakyat adalah satu langkah signifikan dalam Belanjawan 2025.

Sesi taklimat ini, yang diselaraskan bersama Program Jom Cegah Sebelum Parah: Bersama-Sama Kita Lindungi Diri Dari Denggi dan Tibi, turut mendapat perhatian daripada Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Berapit Dr. Norihan Abu Bakar yang hadir merasmikan program tersebut.

-ZS-

Sumber : Malaysiaaktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments