Friday, December 5, 2025
UtamaBeritaPembukaan Dexcom di P.Pinang, tawar lebih 3,000 peluang kerjaya

Pembukaan Dexcom di P.Pinang, tawar lebih 3,000 peluang kerjaya

BATU KAWAN – Pembukaan kilang syarikat peranti perubatan, Dexcom di Batu Kawan bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Dexcom yang berpangkalan di Amerika Syarikat memilih Pulau Pinang, sebagai destinasi untuk membuka kilang pertamanya di luar negara.

Syarikat tersebut dilapor membuat pelaburan strategik bernilai RM2.83 bilion di pulau mutiara atau terkenal dengan gelaran The Silicon Valley of the East.

“Pelaburan ini melibatkan lebih daripada RM2 bilion dan menyasarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dan sehingga kini sudah dapat lebih 2,000 pekerja.

Ini akan membantu menggaji pekerja-pekerja tempatan khususnya graduan universiti. Ini adalah perkembangan yang baik,” kata Chow kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Dexcom, di sini semalam.

Pelaburan strategik tersebut akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan ia secara tidak langsung akan melonjak ekonomi penduduk kawasan itu.

Dexcom adalah peneraju dalam global dalam teknologi pemantauan glukosa berterusan (CGM) bagi penghidap kencing manis.

SUMBER : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments