Tuesday, February 10, 2026
UtamaBerita'KPTM Pocket' usaha tangani kes buli

‘KPTM Pocket’ usaha tangani kes buli

Bukit Mertajam: Insiden buli dalam kalangan pelajar termasuk di institut pengajian tinggi (IPT) mendorong Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) melancarkan aplikasi mudah alih terbaharu, KPTM Pocket, bagi menangani permasalahan itu.

Aplikasi yang digunakan sejak 1 Jun lalu itu bukan sahaja memudahkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat permohonan pendaftaran secara dalam talian, tetapi turut mempunyai ciri khusus yang membolehkan aduan berkaitan kes buli dibuat.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Radzuan Razali berkata, pelajar yang menjadi mangsa buli atau mengetahui berlaku salah laku buli boleh menggunakan fitur khas dalam aplikasi yang dilancarkan untuk membuat aduan secara dalam talian selama 24 jam.

“Dalam aplikasi KPTM Pocket, ada satu fitur (ciri khas) yang membolehkan pelajar masukkan maklumat dan buat aduan.

“Selepas itu (maklumat) akan terus dapat kepada administrator (bahagian pentadbiran) dan kita akan ambil tindakan,” katanya selepas pelancaran aplikasi mudah alih itu di sebuah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzuan berkata, walaupun tanpa aplikasi pihaknya memang sentiasa memantau secara rapat kejadian salah laku buli dalam kalangan pelajar KPTM.

“Sebelum kewujudan aplikasi mudah alih ini, kita ada sistem dikenali e-aduan dalam laman sesawang KPTM, namun dengan adanya aplikasi ini ia memberi lebih akses dan membolehkan pelajar membuat aduan dengan lebih cepat,” katanya.

SUMBER : HARIAN METRO

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments