Thursday, January 15, 2026
UtamaBerita7,238 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air mulai esok

7,238 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air mulai esok

NIBONG TEBAL: Sebanyak 7,238 akaun pengguna di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Jumaat berikutan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian di sini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan gangguan bekalan air itu berlaku dalam tempoh 12 jam iaitu bermula jam 10 malam esok hingga jam 10 pagi Jumaat.

“Gangguan bekalan air disebabkan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian bagi pelencongan paip 600mm MS (keluli lembut) untuk kerja-kerja menaik taraf jambatan merentasi Sungai Krian dan pembinaan jejambat merentasi Jalan Persekutuan ke Jalan Transkrian oleh Jabatan Kerja Raya,” menurut hantaran di laman Facebook hari ini.

PBAPP memaklumkan, kawasan terbabit dalam ganguan bekalan air itu di sepanjang Jalan Besar Datuk Keramat, Jalan Permatang Keling dan Jalan Sempadan.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Permatang Tok Mahat,Tanjung Berembang, Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Chenaam dan Sungai Bakau.

Pengguna terjejas disaran menyimpan air mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air dan PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan ini menerusi Facebook atau boleh hubungi pusat panggilan 24 jam di talian 04-255 8255.

SUMBER : BHONLINE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments