■ Mempersiapkan para usahawan Bumiputera Pulau Pinang yang terpilih menghadapi pameran/program dagangan antarabangsa khususnya Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2024
■ Memperkukuh pengetahuan dan kesedaran usahawan Bumiputera Pulau Pinang mengenai trend pasaran terkini, isu-isu dalam dan luar industri serta meneroka ruang/peluang pasaran baharu khususnya dalam konteks halal global
■ Sebagai salah satu usaha membina minda dan menanam keazaman/tekad kepada usahawan Bumiputera Pulau Pinang dalam penghasilan produk premium halal dari Pulau Pinang ke pasaran antarabangsa
Penang Halal International (PHI) bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan – Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (ICU – MPBPP) akan mengadakan sebuah program khas kepada usahawan bumiputera Pulau Pinang pada ketetapan berikut :
Tarikh : 16 – 18 Ogos 2024
Tempat : Bukit Jawi Golf Resort, Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Yuran Penyertaan adalah PERCUMA
** PENGINAPAN DAN MAKANAN AKAN DISEDIAKAN
**TERHAD KEPADA 2 PESERTA SAHAJA / SYARIKAT
**HANYA UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG SAHAJA.
Untuk pendaftaran, sila tekan pautan di bawah
https://forms.gle/9g5xjwszqdGWjchS8
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
+604 262 5444 (pejabat) Pn. Syafiqah / Pn. Isharina
syafiqah@penanghalal.international / isharina@penanghalal.international
SUMBER : PENANGKINI

