Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaMasjid di Pulau Pinang solat jenazah ghaib selepas Maghrib hari ini

Masjid di Pulau Pinang solat jenazah ghaib selepas Maghrib hari ini

GEORGETOWN: Masjid seluruh Pulau Pinang diseru mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Maghrib hari ini, susulan kematian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Marzuki Hassan berkata, pelaksanaan itu adalah sebagai tanda solidariti terhadap Ismail yang menjadi mangsa dalam serangan berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Pemimpin Hamas Almarhum Ismail Haniyeh telah terkorban dalam serangan di Iran.

“Sebagai solidariti terhadap kejadian, solat jenazah ghaib ke atas Almarhum akan diadakan di masjid pada hari ini, selepas solat fardu Maghrib,” katanya dalam kenyataan semalam.​

Terdahulu media melaporkan Ismail dan seorang pegawainya terbunuh selepas Israel menyerang kediamannya di Tehran.

Beliau berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Republik Iran, Masoud Pezeshkian, semalam.

Susulan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar semalam meminta masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunaikan solat jenazah ghaib.

Sumber :BH Online

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments