Wednesday, January 14, 2026
UtamaBerita Wanita kelaku kurang sopan depan IPK Pulau Pinang tular

[VIDEO] Wanita kelaku kurang sopan depan IPK Pulau Pinang tular

image 40

GEORGE TOWN : Polis masih belum menerima laporan berhubung video tular membabitkan kejadian seorang wanita yang dikatakan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai di Jalan Penang, di sini.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Kompleks Chowrasta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, semalam satu klip video dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘viralq’ yang memaparkan kejadian seorang individu mengganggu ketenteraman awam di jalan raya.

“Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di Jalan Penang, di sini dan sehingga kini tiada menerima sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan,” katanya di sini pada Jumaat.

Menerusi video klip yang tular di media sosial, seorang wanita didapati melakukan aksi-aksi kurang sopan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Menerusi komen-komen pengguna media sosial, ramai mendakwa wanita tersebut kurang siuman dan dilihat merayau di sekitar pusat bandar.


Sumber : KOSMO ! ONLINE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments