Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaPenurunan ketara kes denggi pada ME29, JKNPP gesa umum ambil langkah cegah...

Penurunan ketara kes denggi pada ME29, JKNPP gesa umum ambil langkah cegah pembiakan Aedes

image 31

Kes demam denggi di Pulau Pinang bagi Minggu Epidemiologi Ke-29 (ME29) mencatatkan penurunan secara mendadak iaitu 19 kes berbanding 81 kes pada Minggu Epidemiologi Ke-28 (ME28)

Dalam infografik yang dimuat naik menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), tiada kematian direkodkan bagi ME29 dengan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 9 kes diikuti Seberang Perai Selatan (SPS, 4 kes) dan masing-masing tiga kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara (SPU). Manakala daerah Barat Daya tiada kes dilaporkan.

Secara kumulatif, wabak denggi direkodkan pada ME29 adalah 287 berbanding 2,852 dengan lima kematian pada minggu sebelumnya.

Tiada kes Chikungunya dilaporkan sehingga ME29, menunjukkan kesan positif di tengah-tengah kebimbangan kesihatan yang berterusan.

Dalam pada itu, JKNPP terus menggesa orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi membanteras pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan dan premis.

Bersama perangi Aedes !!!

image 35
Rekod pada ME29
image 36
Rekod pada ME28
image 37

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments