Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaMBPP buka permohonan sewaan 55 gerai sehingga akhir Oktober

MBPP buka permohonan sewaan 55 gerai sehingga akhir Oktober

image 28

GEORGE TOWN : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka permohonan bagi sewaan 55 gerai di pasar, kompleks makanan dan pusat penjaja di 14 lokasi sehingga akhir Oktober ini.

Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang berkata mereka yang gagal membuat permohonan dalam tempoh tersebut tidak akan layak untuk sesi temuduga.

“Sesi temuduga bagi permohonan bulan ini akan dijalankan secara dalam talian pada 31 Julai ini.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di ulesen.mbpp.gov.my.,” katanya semasa sidang media dekat sini, pada Isnin.

Soo Siang berkata, bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar secara dalam talian, mereka boleh hadir secara terus atau menghubungi Jabatan Perlesenan MBPP di 04-263 8818 sambungan 307/308/309/310.

“Mereka juga digalakkan untuk memeriksa kualiti audio dan visual terlebih dahulu serta berpakaian kemas secara formal,” ujarnya.

Difahamkan, bahawa pada bulan Jun lalu sebanyak 82 permohonan sewaan gerai telah diterima oleh MBPP dengan 25 daripadanya berjaya, 40 tidak berjaya dan 17 lagi tidak hadir.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments