Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaBanteras gejala ‘mat rempit’, galak kempen penguatkuasaan – Ketua Menteri

Banteras gejala ‘mat rempit’, galak kempen penguatkuasaan – Ketua Menteri

image 22

GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menekankan bahawa gejala ‘mat rempit’ di negeri ini perlu diberikan perhatian serius.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soalan pemberita berhubung pemeriksaan 250 motosikal dan dua kereta diperiksa dalam operasi khas bersepadu samseng jalanan berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada Sabtu.

Menurut Kon Yeow, pemeriksaan 250 motosikal dipercayai menerusi operasi berkaitan menunjukkan keseriusan masalah ini.

“Justeru, kegiatan tersebut perlu dibanteras dengan sebaik-baiknya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan kita berharap PDRM akan mempertingkatkan lagi kempen-kempen kesedaran serta kempen penguatkuasaan kelak,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian seusai Majlis Penghargaaan ‘Top Scorer SPM 2023’ anjuran Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB) yang memperlihatkan seramai 67 pelajar memperoleh pengiktirafan khas.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Dato’ Seri S. Sundarajoo; Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim; Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying dan Ahli Parlimen Jelutong merangkap Pengerusi HEB Pulau Pinang, R.S.N Rayer.

Mengulas lanjut, Kon Yeow menyatakan bahawa isu ‘mat rempit’ di negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri lain tidak dapat dihapuskan sama sekali hanya dengan beberapa kaedah penguatkuasaan.

“Tidak dinafikan bahawa aktiviti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malahan juga para pengguna jalan raya yang lain.

“Maka, tindakan berterusan adalah diperlukan,” ulasnya lanjut.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments