Thursday, January 15, 2026
UtamaJenayahHantar barang dari KL ke Pulau Pinang guna pembalut ayat al-Quran

Hantar barang dari KL ke Pulau Pinang guna pembalut ayat al-Quran

image 30

GEORGE TOWN : Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian beberapa bungkusan barangan yang dibungkus dengan pembalut yang mempunyai ayat-ayat suci al-Quran, minggu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan berkaitan kejadian itu juga telah lengkap dan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, tular di laman Telegram gambar bungkusan yang dipercayai dihantar Rabu lalu oleh sebuah syarikat percetakan dari Cheras, Kuala Lumpur ke Air Itam, di sini yang dibungkus menggunakan kertas yang mengandungi ayat al-Quran.

Susulan itu, pemandu syarikat kurier yang menerima bungkusan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Lepas, di sini.

Sumber : KOSMO! ONLINE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments