Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaChow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang

Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang

image 26

KEPALA BATAS: Ketua Menteri Chow Kon Yeow akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Projek Air Perak-Pulau Pinang selepas Mesyuarat Majlis Berkaitan Perubahan Iklim di Putrajaya, hari ini.

Chow berkata beliau telah menerima jemputan Anwar yang juga Menteri Kewangan bagi menghadiri perbincangan itu, yang dipercayai akan memuktamadkan beberapa perkara berhubung projek berkenaan.

“Hasrat kita persetujuan dapat dicapai secepat mungkin bagi memulakan pelaksanaan projek kerana ia ambil masa lima hingga enam tahun sebelum bekalan air sampai ke pengguna.

“Mengambil kira pembangunan industri dan lain-lain aktiviti amat rancak di Pulau Pinang, maka projek ini sudah menjadi satu projek paling tinggi keutamaan bukan sahaja Pulau Pinang tetapi negara kita kerana negeri ini pengeluar utama semikonduktor (semiconductor power house), memerlukan pembekalan tenaga dan air bagi menampung kemasukan pelaburan (ke Pulau Pinang),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan dan Pelancaran Sistem Solar Fotovoltaik kepada Pasar Raya Mydin Bertam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, di sini semalam.

Pada 5 Mei lepas, Anwar memaklumkan Perak telah bersetuju untuk membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai dan perkara itu mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Penyaluran bekalan air bagi fasa pertama projek tersebut akan sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap, dekat sini.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memastikan projek tersebut, yang akan turut meningkatkan bekalan air di utara Perak khususnya untuk pelaksanaan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian, diberi keutamaan.

Sumber : BERNAMA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments