Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaKetua Menteri terima kunjungan hormat delegasi SPRM, fokus persediaan PRK

Ketua Menteri terima kunjungan hormat delegasi SPRM, fokus persediaan PRK

image 17

GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat perkenalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang yang baharu, Mohd. Fuad Bee Basrah semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd. Shukor Mahmud; Pegawai Siasatan, A. Geetha dan Penolong Kanan Penguasa, Mazlan Haha Maideen.

Semasa kunjungan tersebut, Kon Yeow berkesempatan berkongsi mengenai pembangunan semasa negeri antaranya projek Transit Aliran Ringan (LRT) serta sambungtara talian tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

image 18
MOHD. Fuad Bee Basrah.


Sementara itu, Mohd. Fuad Bee turut memaklumkan bahawa pihaknya bakal membuat persediaan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Pihak SPRM akan sentiasa bersedia serta membuat pemantauan penuh sepanjang tempoh kempen selama 14 hari nanti.

“Sebarang aduan dan juga permasalahan yang ingin dikemukakan juga boleh secara terus datang ke bilik gerakan SPRM,” jelasnya.

Usai pertemuan, SPRM menzahirkan penghargaan kepada Kon Yeow serta kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang banyak membantu perkembangan SPRM sehingga kini.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments