Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaPulau Pinang tidak akan berdepan catuan air

Pulau Pinang tidak akan berdepan catuan air

image 1

TASEK GELUGOR : Penduduk Pulau Pinang tidak perlu bimbang mengenai masalah bekalan air terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri biarpun empangan Air Itam ketika ini berada pada paras kritikal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain Empangan Air Itam, Pulau Pinang mempunyai dua lagi empangan utama iaitu Teluk Bahang dan Mengkuang termasuk satu empangan kecil di Bukit Panchor yang boleh membantu menampung keperluan penduduk sekitar yang terjejas.

Selain itu, katanya, Pulau Pinang juga memantau rapi keadaan paras air Sungai Muda memandangkan 85 peratus bekalan air mentah diperoleh dari sana yang ia masih stabil.

“Pada masa ini sudah masuk musim hujan dan harap dalam bulan April dan Mei ini, empangan yang paras rendah dapat dipenuhkan dengan (air) hujan.

“Kita beri jaminan bahawa tidak berlaku gangguan kerana paras empangan, namun jika gangguan lain (seperti bencana alam dan kecemasan) itu saya tak boleh ‘guarantee’ (jamin). Bagaimanapun, keadaan empangan terkawal dan masih boleh sampaikan air kepada pengguna, maka tidak perlu bimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung persediaan kerajaan negeri dalam memastikan tiada bekalan gangguan air terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita pada Program Memasak Bubur Lambuk yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Masjid Jamek Pokok Machang, di sini, 30 Mac 2024.

Menurut, Kon Yeow berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mempunyai pelan tindakan bagi memastikan paras air Empangan Air Itam tidak turun sehingga paras negatif.

“Ia adalah dengan cara mengurangkan penyampaian (ekstrak) air mentah dari empangan itu ke Loji Rawatan Air (LRA) kurang daripada kapasiti biasa dari 10,000 akaun (pengguna) kepada 4,000 ke 5,000 akaun yang mana jika tidak hujan pun air masih ada di kawasan bukit.

“Selebihnya (pengguna akaun lain) akan menerima air dari empangan lain memandangkan kita mempunyai dua lagi empangan (utama) iaitu empangan Teluk Bahang dan Mengkuang termasuk satu empangan kecil di Bukit Panchor.

“Apatah lagi, Empangan Mengkuang (lokasi) strategik simpan air yang parasnya lebih 90 peratus memandangkan ia bukan digunakan untuk rawatan harian melainkan hanya ketika berdepan krisis,”‘katanya.

Semalam, media melaporkan situasi Empangan Air Itam hanya mampu bertahan lebih 30 hari sahaja lagi tanpa hujan.

Berikutan itu, PBAPP telah mengambil langkah awal sejak Februari lalu bagi mengurangkan pengekstrakan air dari Empangan Air Itam bagi memastikan kapasiti air di empangan itu dapat bertahan.

Sumber ; Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments