Thursday, January 15, 2026
UtamaBisnesPermit perniagaan buah bermusim boleh dimohon hari ini

Permit perniagaan buah bermusim boleh dimohon hari ini

image 42

PADANG KOTA : Permohonan Permit Sementara Bermusim Buah-Buahan di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh dibuat mulai esok 27 Mac sehingga 27 April 2024.

Menurut Ahli Majlis bagi MBPP, Tan Soo Siang, permit sementara tersebut adalah untuk perniagaan yang dibenarkan bermula daripada April 2024 sehingga Julai 2024.

“Permohonan boleh dikemukakan dalam talian melalui ulesen.mbpp.gov.my bermula esok sehingga 27 April 2024 bagi mendapatkan permit perniahaan buah-buahan bermusim ini.

image 43
Permit perniagaan buah bermusim boleh dimohon hari ini 3


“Sebelum memulakan perniagaan, peniaga perlu mendapatkan suntikan Ty2, peniaga dan pembantu perlu memakai sarung tangan untuk mengelakkan sentuhan terus kepada buah.

“Antara syarat lain adalah tidak meletakkan barang perniagaan yang menghalang laluan jalan raya, tidak meninggalkan sisa kulit buah-buahan atas jalan dan dilarang menggunakan sebarang produk polisterin,” ujar Soo Siang dalam satu sidang media di Dewan Bandaraya dekat Padang Kota tengah hari semalam.

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis MBPP, Bakar Noordin, Chan Soon Aun, Koay Gaik Kee, Tan Chiew Choon dan Rohaizat Hamid.

Syarat tambahan lain termasuklah tidak membenarkan warga asing menguruskan perniagaan, perlu menggalakkan transaksi tanpa tunai dan mengurangkan plastik skali guna.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments