Wednesday, January 14, 2026
UtamaJenayahKPDN Pulau Pinang rampas alat ganti, aksesori kenderaan tiruan bernilai RM20,087

KPDN Pulau Pinang rampas alat ganti, aksesori kenderaan tiruan bernilai RM20,087

image 24

GEORGE TOWN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 1,263 unit pelbagai alat ganti dan aksesori kenderaan jenama Hyundai disyaki tiruan bernilai RM20,087 dalam serbuan di empat premis perniagaan di negeri itu, semalam.

Pengarah KPDN Negeri S Jegan berkata, serbuan yang lancarkan bersama dengan wakil pemilik cap dagang peralatan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan berhubung penjualan pelbagai barangan tiruan berkenaan.

“Hasil serbuan, kami menemukan barangan disyaki tiruan, terdiri daripada alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor yang didagangkan secara borong dan runcit.

“Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019, dan keterangan semua pemilik premis telah direkodkan bagi membantu siasatan,” katanya pada kenyataan, semalam.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments