Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaMBPP buka permohonan gerai mulai 20 Mac ini

MBPP buka permohonan gerai mulai 20 Mac ini

image 20

GEORGE TOWN : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membuka pendaftaran bagi permohonan penyewaan gerai (pasar/kompleks makanan/tapak penjaja) bermula 20 Mac sehingga 27 Mac 2024.

Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang berkata bahawa mereka yang tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan tidak layak untuk proses temuduga yang akan diadakan pada 29 Mac ini.

“Untuk makluman, temuduga pada kali ini masih lagi sama dan bakal dijalankan secara atas talian, oleh itu, setiap individu dikehendaki mengemukakan butiran e-mel dan nombor telefon yang tepat bagi memudahkan pihak Majlis menghantar pautan.

“Selain itu, pemohon perlu memastikan sambungan internet dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika sesi temuduga berlangsung.

“Perlu diingatkan juga bahawa pemohon wajar berada di lokasi yang bersesuaian serta menepati waktu yang telah ditetapkan dan paling penting mestilah berpakaian sopan dan kemas,” ujarnya semasa sesi sidang media dekat Jabatan Pelesenan dekat Dewan Bandaraya di sini semalam.

image 21
TAN Soo Siang (tengah) semasa sesi sidang media semalam.


Turut hadir, Ahli Majlis bagi MBPP, Bakar Noordin; Chan Soon Aun; Rohaizat Hamid dan Koay Gaik Kee.

Dalam pada itu, Soo Siang turut memaklumkan bahawa pemohon tidak perlu khuatir dan berputus asa untuk membuat permohonan.

“Sebagai rekod, pada bulan Februari lepas, sebanyak 35 pemohon yang telah berjaya mencapai kriteria semasa sesi temuduga manakala sebanyak 31 tidak hadir dan 165 tidak berjaya.

“Oleh itu, diharapkan pada sesi temuduga yang akan datang ini pemohon boleh tampil dan menepati syarat-syarat yang telah diperuntukkan,” jelasnya lanjut.

image 22
Butiran sesi temuduga.


Difahamkan, permohonan boleh dibuat melalui laman web MBPP, ulesen.mbpp.gov.my. Sebarang masalah berkaitan permohonan boleh hubungi Jabatan Pelesenan di talian 04-263 8818 sambungan 307/308/309/310.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments