Sunday, April 19, 2026
UtamaJenayah'Sila lapor jika temui peniaga jual kurma Israel' - KPDN Pulau Pinang

‘Sila lapor jika temui peniaga jual kurma Israel’ – KPDN Pulau Pinang

image 12

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang meminta masyarakat di negeri ini membuat laporan jika terdapat peniaga menjual kurma dari Israel.

Pengarahnya S Jegan, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung penjualan kurma dari negara tidak diiktiraf itu di negara ini.

“Kita ambil maklum bahawa terdapat kurma dari Israel (didakwa dibawa masuk dan dijual di negara ini) tetapi di Pulau Pinang setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan.

“Oleh itu, rakyat di negeri ini yang menjumpai kurma dari Israel dijual di sini, boleh membuat aduan terus kepada pihak kita untuk membolehkan tindakan diambil.

“Sepanjang Ramadan ini, pengawai anggota penguatkuasa termasuk pegawai pemantau harga akan masuk tidak kira pasar awam, pasar raya dan terbaru Bazar Ramadan untuk melakukan pemeriksaan (rutin dan aduan) bagi memastikan semua isu berkaitan barangan dapat ditangani,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung penjualan kurma dari Israel di Pulau Pinang selepas mengadakan serbuan di sebuah stor haram di Taman Perindustrian Machang Indah, di sini, 14 Mac 2024.

Media semalam melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek buah kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ yang dipercayai produk dari Israel.

Kurma seberat 14.6 kilogram (kg) bernilai RM678 itu dirampas di sebuah gudang di sekitar Klang, selain seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments