Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaFacebook, Instagram Mengalami Gangguan

Facebook, Instagram Mengalami Gangguan

facebook and instagram

WASHINGTON: Facebook dan Instagram milik Meta mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.

Gangguan bermula sejak jam 10 pagi waktu tempatan (1500 GMT), dengan ramai pengguna memaklumkan mengenai perkara itu di platform media sosial pesaing iaitu X bahawa aplikasi mereka log keluar secara tiba-tiba dan tidak boleh diakses kembali.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih di Amerika syarikat (AS) sedang memantau kejadian itu dan tidak mengetahui sebarang aktiviti siber berniat jahat khusus atau perbuatan pengggodam pada masa ini.

Lebih 550,000 laporan diterima berkaitan gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 untuk Instagram, menurut laman sesawang penjejakan gangguan Downdetector.com.

“Awal hari ini, isu teknikal menyebabkan orang ramai menghadapi kesukaran untuk mengakses beberapa perkhidmatan kami.

“Untuk semua yang terkesan, kami (sudah) menyelesaikan isu itu,” kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam catatan di X, tanpa menjelaskan isu itu.

Meta mempunyai kira-kira 3.19 bilion pengguna aktif harian di seluruh rangkaian aplikasinya, termasuk WhatsApp dan Threads.

Papan pemuka statusnya sebelum ini menunjukkan aplikasi untuk WhatsApp Business turut menghadapi masalah.

Bagaimanapun, gangguan untuk WhatsApp dan Threads adalah jauh lebih kecil, menurut Downdetector, yang menjejaki gangguan dengan mengumpul laporan status daripada beberapa sumber termasuk pengguna.

Beberapa pekerja di Meta berkata pada aplikasi pemesejan Blind bahawa mereka tidak dapat log masuk ke sistem kerja mereka dan tertanya-tanya sama ada mereka sudah diberhentikan kerja, menurut catatan yang dilihat oleh Reuters.

Gangguan itu adalah antara topik hangat di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, malah pemilik platform Elon Musk turut memuat naik gambar di Meta dengan catatan: ‘Jika anda membaca siaran ini, bermakna pelayan kami berfungsi’.

Sumber : REUTERS

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments