Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaLorong tengah Jambatan Pulau Pinang ditutup dua hari

Lorong tengah Jambatan Pulau Pinang ditutup dua hari

Jambatan 1

George Town: Pengguna di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dinasihati supaya merancang perjalanan susulan penutupan lorong tengah dan kanan di jambatan itu bermula 2 hingga 3 Mac ini.

Plus Malaysia Berhad (Plus) menerusi kenyataannya berkata, penutupan itu membabitkan laluan antara Kilometer (KM)8.0 hingga KM7.0.

“Penutupan bermula jam 10 malam pada 2 Mac hingga 9 pagi, 3 Mac.

“Ia dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai,” menurut kenyataan itu, semalam.

Sehubungan itu, Plus berkata, pengguna lebuh raya dinasihati supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi Plus bagi mendapat maklumat trafik terkini.

Katanya, pengguna juga dinasihati supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan petugas Plus ketika melalui kawasan terbabit.

“Pengguna lebuh raya boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi Chatbot PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Aplikasi Plus, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Mereka juga boleh hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 bagi mendapat maklumat trafik atau mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments