Friday, April 17, 2026
UtamaJenayahSuami Isteri Lagak Samseng di Jambatan Pulau Pinang Dihukum

Suami Isteri Lagak Samseng di Jambatan Pulau Pinang Dihukum

2531996

Kedua-dua suami isteri dikenakan denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat.
Kedua-dua suami isteri dikenakan denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat.

2531967
Suami Isteri Lagak Samseng di Jambatan Pulau Pinang Dihukum 4

Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.

Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50, dan isterinya, Ong Ser Ying, 37, yang merupakan peniaga mi membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul Mat Zain dan Mohd Shadid Sulaiman di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau ke Perai pada jam 5 petang, 5 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari.

Nor Shakila memohon mahkamah mengenakan denda yang setimpal kerana perbuatan kedua-dua tertuduh telah membahayakan orang awam.

Dalam rayuannya, Muhammad Hafiz memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah berikutan pendapatan bulanannya hanya RM1,500.

“Saya kerja jual mi saja, gaji RM1,500 sebulan,” katanya.

Sementara Ser Ying turut memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah terhadapnya.

Nurul Rasyidah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,500 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya tertuduh gagal membayar, mereka akan dipenjara selama enam bulan.

Ser Ying juga mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut bersama suaminya pada 5 Februari lalu.

Kredit Sumber : Sinar Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments