Sunday, April 19, 2026
UtamaJenayahAmbil tindakan segera terhadap "Hot Daddy" - Mufti Pulau Pinang

Ambil tindakan segera terhadap “Hot Daddy” – Mufti Pulau Pinang

podkas 1707129250

GEORGE TOWN : Tindakan berani sebuah laman web penstriman yang menyiarkan sesi podcast bersama individu yang dikenali sebgai “Hot Daddy”, telah mengundang rasa kesal pada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, perkara tersebut boleh mempengaruhi golongan remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak sekiranya tidak dibendung, pada semalam, 5 Januari 2024.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan laman web penstriman berkenaan menganjur sesi bual bicara dengan seorang lelaki yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi X.

Tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast, mendapat pelbagai reaksi warganet dan menganggap ia adalah promosi terhadap perlakuan zina.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius kepada perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

“Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

“Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” katanya lagi

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments