
Shah Alam: Siasatan berhubung tindakan tiga individu menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Jumaat lalu, sudah selesai.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor esok bagi tindakan selanjutnya.
“Siasatan polis sudah selesai walaupun reman yang diberikan kepada tiga suspek berkenaan hanya dua hari (bermula semalam).
“Ketiga-tiga mereka diberi jamin dahulu dan esok kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor,” katanya kepada pemberita hari ini.

