Wednesday, April 22, 2026
UtamaBeritaMisi Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan - PM

Misi Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan – PM

Kuala Lumpur: Malaysia akan menggerakkan seluruh kudrat dan keupayaan negara untuk terus membantu serta memperjuangkan hak rakyat Palestin, selari dengan tuntutan keadilan sejagat yang tidak boleh lagi ditangguhkan demi memastikan Palestin kekal bermaruah dan merdeka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM, bersama Pengasas Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri di Perdana Putra, pada 13 januari 2026.

Dalam pertemuan itu, Anwar dimaklumkan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing, termasuk sekatan bantuan berpanjangan, ketidaktentuan konflik serta penderitaan berterusan yang dihadapi rakyat Palestin akibat kekejaman berterusan.

“Kerajaan MADANI akan terbabit secara langsung dalam misi ini sebagai kesinambungan perjuangan moral antarabangsa, yang menuntut keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.

“Saudara Sani dan Nadir juga berkongsi keberhasilan Misi Sumud Nusantara yang berjaya memecahkan kebisuan dunia dan mengangkat suara Gaza ke pentas antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan i Facebook miliknya, pada 13 januari 2026.

Anwar berkata, pihaknya turut membicarakan gerak kerja misi kemanusiaan seterusnya, termasuk peranan penting Kerajaan Malaysia dalam Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal membabitkan penyertaan lebih 80 negara.

Sumber: Harian metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments