Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaPulau Pinang guna sistem SPAJa baiki jalan rosak

Pulau Pinang guna sistem SPAJa baiki jalan rosak

spaja

GEORGE TOWN – Sistem Pengurusan Aset Jalan (Sistem SPAJa) kini digunakan di Pulau Pinang untuk membolehkan agensi berkaitan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak agar lebih sistematik serta komprehensif.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, sistem tersebut dibangunkan secara berfasa bermula pada 2020 melalui projek pencerapan data jalan untuk pendaftaran Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan Kajian Ketahanan Jalan (HDM-4) bagi Jalan-Jalan Negeri.

Menurutnya, ketika itu SPAJa hanya berasaskan kepada web (web based) dan perlu menggunakan rangkaian my.gov.net sahaja.

“Fungsi sistem SPAJa yang merekodkan kondisi jalan, unjuran kewangan dan pembaikan (HDM-4) serta data-data jalan membolehkan pihak agensi untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang lebih sistematik serta komprehensif.

“Sebagai contoh, data kondisi jalan yang berlubang atau rosak sama ada memerlukan pembaikan kadar paling segera atau sebaliknya akan membantu pihak agensi membuat perancangan pembaikan dengan lebih efektif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sistem SPAJa di sini, hari ini.

Beritahu Zairi, pada 2021 iaitu fasa berikutnya, sistem SPAJa telah ditambah baik dimana ia boleh diakses melalui rangkaian luar dan SPAJa mobile (versi android) juga telah diperkenalkan kepada agensi.

Katanya, semua koordinat jalan-jalan MARRIS di Pulau Pinang yang telah dicerap dan diplotkan jajaran jalan tersebut telah disimpan di dalam sistem SPAJa dan ia dapat dilayari oleh agensi berkaitan di atas peta menggunakan ‘google basemap’.

Tambahnya, bagi memastikan keselamatan data-data dalam sistem SPAJa ini terjamin, pengkalan data-data bagi sistem SPAJa ini telah ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA) MAMPU, Kulim, Kedah.

“Antara agensi yang akan menggunakannya adalah Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (MBPP dan MBSP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Semua agensi diberikan akses melalui ID Pengguna dan kata laluan untuk mengakses sistem SPAJa ini,” katanya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments