Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaMBSP Galak Komuniti Sayangi Alam Sekitar

MBSP Galak Komuniti Sayangi Alam Sekitar

BUKIT MERTAJAM, 13 Okt – Usaha menghijaukan kawasan perbandaran terus diperkasa apabila lebih 100 pokok teduhan dan pokok pinang ditanam di kawasan lapang Taman Alma, Bukit Mertajam, di sini semalam.

Inisiatif berkenaan bukan sahaja menambah kehijauan landskap bandar malah memberi impak positif terhadap kualiti udara, suhu persekitaran dan kesejahteraan komuniti setempat.

Program anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan kerjasama penduduk tempatan serta pelbagai agensi kerajaan itu bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat, seiring dengan aspirasi menjadikan Seberang Perai sebagai bandar hijau dan lestari.

Menurut Ahli Majlis MBSP Cheen Goon Hooi, program tersebut menjadi wadah penting menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

“Melalui aktiviti seperti ini, kita bukan sahaja dapat menambah jumlah pokok di kawasan bandar, tetapi turut menyemai kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar dalam kalangan penduduk,” katanya.

Selain aktiviti penanaman, peserta turut diberi pendedahan tentang teknik penjagaan pokok dan peranannya dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah Jamil Zainul, Pembantu Pengurus Jayamas Property Group Kenny Sin serta Wakil Ahli Parlimen Bukit Mertajam Lau Ah Sim.

-AA-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments