Thursday, April 23, 2026
UtamaBerita10,000 Muruku Diedar Sempena Sambutan Deepavali

10,000 Muruku Diedar Sempena Sambutan Deepavali

GEORGE TOWN, 13 Okt – Sebanyak 10,000 bekas muruku diagihkan kepada orang ramai di Little India, George Town, sempena sambutan Hari Deepavali 2025, semalam.

image 59
Sebanyak 10,000 bekas muruku diedarkan kepada pengunjung Little India sempena Deepavali

Program yang dianjurkan bersama oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan kerajaan negeri Pulau Pinang itu menjadi simbol kebersamaan rakyat serta mencerminkan keunikan Pulau Mutiara sebagai negeri berbilang budaya yang hidup dalam suasana saling hormat dan muhibah.

Menurut Ahli Majlis MBPP, Ts. R. Harikrishnan penganjuran program seumpama itu bukan sahaja menghidupkan sambutan Deepavali, malah menjadi wadah untuk mendekatkan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Edaran muruku ini melambangkan manisnya hubungan antara kita semua. Deepavali bukan sekadar pesta cahaya, tetapi juga simbol penyatuan bahawa perpaduan dan kasih sayang adalah cahaya sebenar dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

image 61
Penganjur program bergambar bersama ADUN Batu Uban Kumaresan Aramugam (lima dari kanan) dan Datuk Bandar MBPP Dato’ IR.Rajendran P.Anthony (empat dari kanan).

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Kumaresan Aramugam yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Turut hadir Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir. Rajendran Anthony, serta barisan Ahli Majlis MBPP yang turut bersama-sama mengedarkan muruku kepada para pengunjung di Little India.

Program berkenaan turut memperlihatkan semangat perpaduan masyarakat majmuk Pulau Pinang yang meraikan kepelbagaian budaya sebagai kekuatan, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.

-FN

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments