Thursday, April 16, 2026
UtamaJenayahVandalisme kain rentang, laporan polis dibuat agar tidak berulang

Vandalisme kain rentang, laporan polis dibuat agar tidak berulang

61b4cbba f62c 4e72 a5da a3ed5338eab3

PULAU TIKUS : Susulan tindakan vandalisme beberapa kain rentang yang tertera ucapan Tahun Baru Cina, P. Vijay selaku Pegawai Seranta kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga, Zairil Khir Johari, tampil membuat satu laporan polis.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pulau Tikus setelah mendapati kain rentang yang menampilkan grafik kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Grafik pada kain rentang sekitar Pulau Tikus ini dicemari dengan tanda pangkah (X) dan diikuti dengan perkataan ‘SCAM’ telah secara sengaja diconteng di atas imej Ketua Menteri.

“Perbuatan vandalisme ini kerap berlaku khususnya di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Tikus, dikhuatiri dalang di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini terdiri daripada individu atau kumpulan yang sama,” ujar Vijay dalam satu sidang media di sini pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Koay Gaik Kee dan Lee Seng Hwai serta Pegawai Khas kepada ADUN Tanjong Bunga, Farid Maulud.

Vijay berharap kejadian sedemikian tidak berulang lagi khususnya pada kain rentang di kawasan-kawasan lain.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments