
GEORGE TOWN : Kapasiti efektif Empangan Air Itam dilaporkan menurun sebanyak 0.4 peratus atau kurang daripada 0.04 peratus sehari.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan, pada 5 Februari lalu kapasiti efektif empangan itu ialah 32.8 peratus namun pada 111 hari kemudian termasuk pada hari kemuncak Tahun Baharu Cina lalu ia menurun kepada 32.4 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir K Pathmanatham berkata, keadaan itu berlaku berikutan pelaksanaan “Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024” (AIDAP 2024) oleh PBAPP untuk mengekalkan kapasiti efektif empangan itu selama yang mungkin, sehingga musim hujan yang akan datang.
Menurutnya, menerusi AIDAP 2024, PBAPP telah melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air berikut seperti meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam sebanyak 75 peratus setiap hari, daripada 44 juta liter sehari (JLH) kepada 11 JLH.
“Kita juga mengoptimumkan pengambilan air mentah daripada muka sauk utama dan muka sauk Tat (dua sumber air mentah lain untuk LRA Air Itam) pada kadar enam JLH.
“Selain itu ia dapat mengurangkan penghasilan air terawat di LRA Air Itam pada 66 peratus daripada 50 JLH kepada to 17 JLH sehari,”katanya menerusi kenyataan di sini, pada Sabtu.
Tambah Pathmanathan, AIDAP 2024 juga akan mengepam 33 JLH air terawat dari LRA Sungai Dua (Seberang Perai) ke kawasan perkhidmatan LRA Air Itam.
Katanya, langkah ini menggantikan kekurangan 33 JLH dalam aliran keluar air terawat dari LRA Air Itam.
Sumber : Sinar Harian

