Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaMenara Kuala Lumpur bakal disinari cahaya biru tanda sokongan perpaduan

Menara Kuala Lumpur bakal disinari cahaya biru tanda sokongan perpaduan

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur bakal disinari dengan cahaya lampu berwarna biru pada 18 dan 19 Julai ini sebagai tanda sokongan kepada Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, simbolik cahaya berwarna biru di Menara Kuala Lumpur itu adalah bagi menandakan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

“Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berterima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh Menara Kuala Lumpur sebagai rakan strategik KPN dalam mempromosikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan tahun ini,” katanya dalam kenyataan bersama Menara Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master, Khairil Faizal Othman berkata, pihaknya selaku pengendali Menara Kuala Lumpur menyokong usaha yang ditunjukkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dalam menyebarluaskan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Dengan menerangi mercu tanda Kuala Lumpur, kami dapat menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa perpaduan ialah tanggungjawab bersama,” katanya dalam kenyataan sama.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan ialah acara tahunan Kementerian Perpaduan Negara yang bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan serta memperkukuh pemahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sambutan tahun ini akan diadakan di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, dari 17 hingga 20 Julai 2025. – Bernama

Sumber : Sinar Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments