
GEORGE TOWN : Berikutan cuaca panas yang sedang melanda negara pada ketika ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga (Tahap 1) untuk dua daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah yang mencatat suhu antara 35 hingga 37 darjah celsius, selain daripada Pulau Langkawi dan Pokok Sena di Kedah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata; ” Paras air terutamanya Sungai Muda akan diberikan perhatian tetapi pada ketika ini, dan masih belum mencapai tahap yang kritikal.”
Mengenai isu pembenihan awan pula, Chow Kon Yeow memberi respon bahawa pihaknya telah meminta bantuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) walaupun perlu memenuhi pelbagai kriteria sebelum proses pembenihan awan tersebut boleh dilakukan.

