Saturday, April 25, 2026
UtamaBeritaPemakaian tali pinggang keledar di dalam bas: Hanya satu kes ingkar peraturan...

Pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas: Hanya satu kes ingkar peraturan di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 3 Julai – Kadar pematuhan pemakaian tali pinggang keledar dalam kalangan pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran di Pulau Pinang berada pada tahap tinggi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, sejak dikuatkuasakan 1 Julai lalu, hanya satu kes direkodkan membabitkan pemandu bas yang ingkar arahan tersebut.

“Sepanjang dua hari penguatkuasaan dijalankan, hanya satu kes yang kita ambil tindakan semalam iaitu tidak memakai tali pinggang keledar.

Saya berterima kasih kepada pemandu, penumpang dan pengusaha bas yang memahami tanggungjawab ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi khas penguatkuasaan undang-undang baharu tersebut di sini.

Operasi berkenaan dilaksanakan di Terminal Bas Sungai Nibong, Penang Sentral serta melalui penyamaran pegawai di dalam bas.

Sepanjang operasi dilakukan, 34 bas ekspres dan 21 bas persiaran diperiksa bagi memastikan peraturan berkenaan dipatuhi.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang ingkar boleh dikenakan kompaun RM300.

SUMBER: BERITA RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments