Friday, April 24, 2026
UtamaBeritaProjek Muzium Feri Pulau Pinang kini pada fasa akhir

Projek Muzium Feri Pulau Pinang kini pada fasa akhir


PANTAI JEREJAK – Kerja-kerja pengecatan fasa akhir bagi projek pemuliharaan semula feri yang menjadi ikonik untuk negeri Pulau Pinang, sebagai sebuah muzium kini giat dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Printhero Group, Abdul Hadi Abu Osman berkata, setakat awal Mei tahap kemajuan projek Muzium Feri Pulau Pinang atau Penang Ferry Museum telah mencapai 85 peratus.

image 55
ABDUL Hadi Abu Osman.

“Selain mengecat, kerja-kerja lain yang sedang dilaksanakan kini termasuk menyiapkan kandungan pameran dan pemasangan gangway (lorong).

“(Dan) ia dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan ini,” katanya ketika dihubungi Buletin Mutiara.

image 57
MUZIUM terapung pertama menggunakan feri Pulau Pinang.

Mengulas mengenai tarikan utama muzium terbabit, Abdul Hadi memberitahu bahawa ruang kapten dan bilik enjin feri bakal menjadi tumpuan.

“Kedua-dua ruangan ini pertama kali dibuka kepada orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau barharap usaha memelihara dan memulihara warisan feri ikonik tersebut sebagai sebuah muzium dapat menyumbang terhadap pembangunan ekonomi setempat.

“Projek ini menyatukan elemen sejarah, inovasi dan pendidikan untuk memberi pengalaman bermakna kepada pengunjung.

“Oleh itu, kami (Printhero Group) komited memastikan feri ikonik ini terus menjadi lambang sejarah dan kebanggaan rakyat Malaysia, khasnya rakyat Pulau Pinang,” jelasnya.

Muzium Feri Pulau Pinang bakal menjadi muzium terapung pertama di Asia dan dijangka dibuka kepada umum pada Jun 2025.

Melalui tinjauan Buletin Mutiara baru-baru ini, dimaklumkan bahawa pihak Penang Ferry Museum memperkenalkan Premier Pass dengan tawaran diskaun sebanyak 10 peratus dan akses awal eksklusif bermula 1 hingga 6 Jun 2025 yang mana harga ditawarkan bermula RM26 untuk pemegang MyKad dewasa.

Pengunjung boleh menebus Premier Pass ini secara dalam talian bermula 25 Mei 2025 mellaui laman sesawang rasmi pihak berkaitan dengan pilihan slot masa lawatan sehingga 24 Ogos 2025.

Manakala, harga tiket istimewa turut disediakan untuk kanak-kanak, warga emas dan orang urang upaya (OKU) menjadikan muzium ini sebagai destinasi pelancongan mesra keluarga.

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum, Muzium Feri Pulau Pinang dijangka beroperasi dari pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 malam dengan waktu kemasukan terakhir adalah pada pukul 9.00 malam.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui emel info@penangferrymuseum.my atau hubungi talian ‪+6011-1177 7449.‬‬‬

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: LAW SUUN TING

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments