Friday, April 24, 2026
UtamaBeritaMBPP keluarkan kompaun kepada lima individu kerana beri makan merpati

MBPP keluarkan kompaun kepada lima individu kerana beri makan merpati


GEORGE TOWN – Seramai lima individu dikenakan kompaun kerana didapati sengaja membuang sisa makanan dengan tujuan untuk memberi makan kepada burung merpati di tempat awam.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyatakan bahawa individu tersebut telah dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut Seksyen 47(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang membawa kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan.

image 50

Menurut MBPP, tindakan mahkamah juga akan dikenakan sekiranya individu tersebut masih ingkar serta pesalah yang tidak membayar kompaun untuk kesalahan yang dilakukan.

“Walaupun MBPP telah melaksana hebahan dan pendidikan awam, namun masih terdapat individu-individu yang tidak mengendahkan nasihat dan sengaja memberi makanan kepada merpati.

“Sehubungan itu, MBPP telah mengambil tindakan tegas penguatkuasaan dan telah mengeluarkan sebanyak lima kompaun (NTK) terhadap individu- individu tersebut,” kata MBPP dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Mei 2025.

Serentak dalam melaksana operasi kawalan populasi merpati, MBPP menerusi Jabatan Kesihatan Persekitaran juga telah berjaya memusnahkan sebanyak 36 sarang burung gagak pada April 2025.

“Statistik pada bulan April 2025 mencatatkan sebanyak 818 ekor merpati telah berjaya ditangkap menerusi operasi kawalan populasi merpati berjadual di seluruh kawasan “hotspot”.

“Sebagai langkah preventif berterusan, MBPP telah menyusun atur tindakan pemantauan dan operasi kawalan populasi merpati untuk dilaksanakan setiap hari mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam senarai pemantauan ketat,” kata mereka.

image 51

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MBPP

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments