Saturday, May 2, 2026
UtamaJenayah4 pemandu bas kilang positif dadah di Pulau Pinang

4 pemandu bas kilang positif dadah di Pulau Pinang

seberang jaya ops bersepadu bas pekerja e1706760350767 1024x666 1

SEBERANG PERAI – Empat daripada lapan pemandu bas kilang dikesan positif dadah selepas menjalani ujian saringan menerusi Ops Bersepadu Bas Pekerja oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di Seberang Jaya, pada 31 Januari 2024.

Pengarahnya, Zulkifly Ismail berkata, selain JPJ, operasi penguatkuasaan itu turut disertai pasukan polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan jumlah keseluruhan anggota terlibat adalah seramai 94 orang.

Menurutnya, dalam operasi yang berlangsung selama lima jam bermula 4 petang itu, enam buah bas pekerja juga telah disita atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan tersebut ialah pemandu bas tidak mempunyai lesen memandu serta LKM (Lesen Kenderaan Motor) tamat tempoh. Untuk pengetahuan, dalam operasi ini, kita berjaya mengesan sebuah bas pekerja yang dipandu dengan LKM tamat tempoh sejak hampir empat tahun yang lalu.

“Selain itu, ada juga bas (van) pekerja yang kita periksa menggunakan NGV (tangki gas cecair asli) yang telah tamat tempoh sejak setahun yang lalu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tangki gas itu mengalami kebocoran dan mengeluarkan bau yang kuat. Ini bukan sahaja boleh membahayakan pemandu serta penumpang kenderaan terbabit, tetapi boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain juga,” katanya yang mengetuai operasi berkenaan.

Tambah Zulkifly, secara keseluruhannya, sebanyak 224 kenderaan telah diperiksa dalam Ops Bersepadu Bas Pekerja itu dengan 42 daripadanya telah diambil tindakan.

Katanya, sebanyak 154 notis atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi itu termasuk 80 kesalahan teknikal dan lain-lain.

Sumber : Kosmo!

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments