Tuesday, February 3, 2026
UtamaBeritaPengoperasian terbaru Pharmaniaga diharap tingkat sektor pembuatan dan perkhidmatan negeri

Pengoperasian terbaru Pharmaniaga diharap tingkat sektor pembuatan dan perkhidmatan negeri

GEORGE TOWN – Syarikat pembekal bahan-bahan perubatan negara, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) bakal memperluaskan rangkaian perniagaannya di Pulau Pinang dengan tambahan sebuah bangunan stor baharu di Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS) pada tahun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Urusan Pharmaniaga, Zulkifli Jafar pada sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di sini pada 8 April 2025.

“Kita melihat Pulau Pinang sebagai hab penting pada aspek pengedaran di wilayah utara dan stor di Valdor dijangka mampu menguruskan kira-kira 8,000 palet produk sebelum ianya diedarkan.

“Kilang Pharmaniaga sedia ada kini di Juru dan Perai merupakan logisitik penting kepada hospital-hospital seluruh negeri ini, kecuali Hospital Pulau Pinang yang mana pembekalan masih dikendalikan terus dari Bukit Raja (Selangor), selain itu, kita ada sebuah pusat pembekal di Sungai Petani, Kedah,” ujarnya,

Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi Pharmaniaga Berhad, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan turut disertai Naib Presiden Kanan Pharmaniaga, Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman.

Sementara itu, Kon Yeow berharap pengoperasian Pharmaniaga di sini sedikit sebanyak membantu meningkatkan ekonomi Pulau Pinang dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments