Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaRumah terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang pada 30 Jan

Rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang pada 30 Jan

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Ketua Menteri di SPICE Arena, Bayan Baru, pada 30 Jan ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini, menjemput orang ramai menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung selama dua jam, bermula 2 petang.

“Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berbesar hati kerana Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, akan turut hadir menyerikan sambutan kali ini.

“Orang ramai, khususnya rakyat Pulau Pinang dijemput memeriahkan sambutan perayaan yang menjadi simbol keharmonian negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Pejabat Ketua Menteri juga mendoakan agar tahun baharu membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kejayaan kepada semua.

— BERNAMA

Sumber : Astro Awani

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments